Saturday, May 30, 2009

Hari Guru

16 Mei setiap tahun adalah merupakan tarikh bermakna bagi cikgu-cikgu dan mungkin bagi sebilangan kecil pelajar dan juga ibu bapa yang masih lagi tahu mengenang jasa guru. Sebenarnya guru-guru bukanlah meminta hadiah bertimbun daripada pelajar. Cukuplah sekadar ucapan "terima kasih" cikgu dan "selamat hari guru cikgu". Namun begitu kehangatan menyambut hari guru lebih meriah di peringkat sekolah rendah berbanding di peringkat menengah. Saya pun tidak tahu kenapa fenomena ini berlaku. Mungkin ibu bapa perlu menyuntik semangat di jiwa anak-anak untuk lebih menghargai guru!

Tuesday, May 12, 2009

pendidikan anak

Anak-anak mesti dididik dengan solat terlebih dahulu daripada didikan lain kerana solat itu adalah tiang agama.

Saturday, April 12, 2008

KESIHATAN

TIPS SENTIASA SIHAT:
JAGA PERUT: KEBANYAKAN PENYAKIT DATANGNYA DARIPADA TABIAT MAKAN YANG TIDAK DIJAGA. PERUT HENDAKLAH DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA BAHAGIAN IAITU:
1. UNTUK AIR
2. UNTUK UDARA
3. UNTUK PERNAFASAN

Monday, March 3, 2008

KHASIAT MADU

Rasulullah sentiasa mengamalkan memakan madu tiap-tiap hari. Madu dapat menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya jika diamalkan selalu. Insya-Allah........

Saturday, February 23, 2008

MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN

Setiap pasangan mengimpikan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat namun tidak semua rumah tangga yang dibina dapat bertahan seperti yang diharapkan. Antara tips yang boleh diamalkan ialah :
1. sentiasa makan bersuap-suapan
2. sering berpegangan tangan
3. cuba melupakan kekurangan pasangan
4. amalkan sifat bersyukur dan berterima kasih
5. buat sesuatu yang boleh menimbulkan kebanggaan pasangan
6. sesekali menyedikan makanan seperti anda sedang makan di hotel (menarik)
7. hindarkan diri daripada tidur membelakangkan pasangan
8. berikan ciuman sebelum dan selepas bangkit daripada tidur
9. biasakan diri memohon maaf andai ada berlaku kesalahfahaman
10.sering mendoakan kebahagiaan berkekalan di samping solat berjemaah

Kaedah Pembayaran Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan dikira dengan cara berikut:

A. Jumlah Pendapatan Sebulan x 12 bulan
Contoh: Pendapatan sebulan = RM 5000 x 12 bulan
B. Jumlah Pengeluaran (belanjawan yang perlu) x 12 bulan
Contoh: Pengeluaran sebulan =RM 2000 x 12 bulan
C. Jumlah Zakat yang dikenakan ialah :
C= 2.5% x (A-B)

Wednesday, February 20, 2008

Mendidik Anak-anak

Setiap ibu bapa sememangnya menyayangi anak-anak mereka namun ramai yang melakukan banyak kesilapan dalam mendidik anak-anak. Antara kesilapan yang dapat saya nyatakan ialah:

Membiasakan anak-anak hidup dalam kemewahan tanpa mengenalkan mereka dengan dunia kehidupan yang pelbagai. Anak-anak yang dibesarkan dengan cara begini sukar untuk menilai harga sebuah nikmat. Renung-renungkan..........................
p/s- meskipun seseorang itu kaya dia perlu sesekali membawa anak-anaknya melawat orang-orang yang melarat supaya anaknya itu sedar dan bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sempurna.