Saturday, February 23, 2008

MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN

Setiap pasangan mengimpikan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat namun tidak semua rumah tangga yang dibina dapat bertahan seperti yang diharapkan. Antara tips yang boleh diamalkan ialah :
1. sentiasa makan bersuap-suapan
2. sering berpegangan tangan
3. cuba melupakan kekurangan pasangan
4. amalkan sifat bersyukur dan berterima kasih
5. buat sesuatu yang boleh menimbulkan kebanggaan pasangan
6. sesekali menyedikan makanan seperti anda sedang makan di hotel (menarik)
7. hindarkan diri daripada tidur membelakangkan pasangan
8. berikan ciuman sebelum dan selepas bangkit daripada tidur
9. biasakan diri memohon maaf andai ada berlaku kesalahfahaman
10.sering mendoakan kebahagiaan berkekalan di samping solat berjemaah

Kaedah Pembayaran Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan dikira dengan cara berikut:

A. Jumlah Pendapatan Sebulan x 12 bulan
Contoh: Pendapatan sebulan = RM 5000 x 12 bulan
B. Jumlah Pengeluaran (belanjawan yang perlu) x 12 bulan
Contoh: Pengeluaran sebulan =RM 2000 x 12 bulan
C. Jumlah Zakat yang dikenakan ialah :
C= 2.5% x (A-B)

Wednesday, February 20, 2008

Mendidik Anak-anak

Setiap ibu bapa sememangnya menyayangi anak-anak mereka namun ramai yang melakukan banyak kesilapan dalam mendidik anak-anak. Antara kesilapan yang dapat saya nyatakan ialah:

Membiasakan anak-anak hidup dalam kemewahan tanpa mengenalkan mereka dengan dunia kehidupan yang pelbagai. Anak-anak yang dibesarkan dengan cara begini sukar untuk menilai harga sebuah nikmat. Renung-renungkan..........................
p/s- meskipun seseorang itu kaya dia perlu sesekali membawa anak-anaknya melawat orang-orang yang melarat supaya anaknya itu sedar dan bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sempurna.

Tuesday, February 19, 2008

ZAKAT

Harta yang subur dan bersih adalah harta yang dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya kepada orang-orang yang tertentu atau disebut asnaf yang 8:

1. fakir
2.miskin
3.muallaf
4.amil yang tidak diberi gaji
5.musafir yang terputus bekalan
6.orang yang berjihad pada jalan Allah
7.orang yang berhutang pada jalan Allah
8.hamba yang ingin memerdekakan dirinya

Bulu mata yang cantik dan lentik

Assalamualaikum.......
Sedikit petua yang saya ingin kongsikan sekiranya anda inginkan bulu mata yang cantik dan lentik cubalah amalkan petua ini. Ambil lendir pada daun lidah buaya yang telah dibersihkan kemudian sapulah pada bulu mata anda disertai dengan selawat kepada Rasulullah s.a.w. setelah kering baru dibersihkan.

Mata yang sihat

Mata yang sihat ialah mata yang sering memandang sesuatu yang hijau

Saturday, February 16, 2008

GURAU SENDA DAN BERMAIN

Para suami juga perlu bijak melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan hati isteri. Rasulullah s.a.w. juga suka bergurau senda dengan isteri baginda. Baginda pernah berlumba lari dengan Aisyah. Kadang-kadang baginda menang dan kadang-kadang Aisyah pula yang menang.

EKONOMI KELUARGA

Firman Allah s.w.t (Surah Al-Furqan: ayat67)

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kedekut dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian."

Thursday, February 14, 2008

Kasih sayang Rasulullah s.a.w.

Kita perlu juga menunjukkan kasih sayang seperti Rasulullah menunjukkan kasih sayangnya kepada cucu-cucu baginda dengan cara mencium mereka.

Tuesday, February 12, 2008

Pasangan Bahagia

Setiap pasangan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia namun antara sedar atau tidak salah satu unsur yang perlu ada dalam mencapai kebahagiaan ialah sifat saling memberi dan menerima yang dilakukan dengan ikhlas

Monday, February 11, 2008

Suami Mithali

Suami mithali ialah suami yang bukan hanya soleh tetapi juga suami yang sabar menanggung keburukan perangai isterinya

Sunday, February 10, 2008

gembira

Kegembiraan seseorang dapat dilihat daripada pancaran matanya